Liabiliti

Hutang sesebuah perniagaan yang perlu dijelaskan.

Terdiri daripada Liabiliti Semasa & Liabiliti Bukan Semasa

Liabiliti Semasa => hutang yang akan dibayar/ dijelaskan dalam tempoh satu tahun. Seperti Pemiutang, Overdraf bank, Belanja Terakru, Hasil Terdahulu

Liabiliti Bukan Semasa => hutang yang akan dibayar/ dijelaskan > tempoh satu tahun. Seperti Pinjaman, gadai janji

Catatan Akaun Liabiliti:

Debit Akaun Liabiliti => Hutang perniagaan telah dijelaskan

Kredit Akaun Liabiliti => Hutang perniagaan ditambahkan

 

# Belanja Terakru ialah belanja yang sepatutnya dibayar dalam tempoh perakaunan tetapi masih belum dijelaskan.

=> Tempoh perakaunan biasanya dalam 1 tahun. Contoh dari 1/1/2013 – 31/12/2013 atau 1/4/2013 – 31/3/2014.

=> Contoh belanja terakru: Gaji terakru, bil elektrik terakru

# Soalan:

Gaji Februari 2013 sepatutnya dibayar dalam bulan Feb, tetapi perniagaan akan membayar dalam bulan yang seterusnya iaitu Mac.

Jadi, gaji Februari akan dianggap sebagai Gaji terakru dalam Akaun Feb.

Catatan akaun (bagi bulan Februari):

Debit Akaun Gaji (iaitu akaun belanja)

Kredit Akaun Gaji terakru (iaitu akaun belanja terakru – Liabiliti)

 

# Hasil Terdahulu ialah hasil yang sepatutnya diterima dalam tempoh perakaunan berikut telah diterima pada tempoh perakaunan semasa (macam ‘Advance’)

=> Contoh hasil terdahulu: Sewa Diterima Terdahulu, Faedah Diterima Terdahulu

# Soalan:

Sewa Januari 2014, telah diterima dalam bulan Disember 2013.

Perniagaan telah dapatkan wang terdahulu tetapi masih belum bagi perkhidmatan sewanya pada Jan 2014.

Jadi, Sewa ini perlu dianggap sebagai hasil terdahulu dalam akaun 2013, tidak boleh terus diiktirafkan sebagai hasil.

Catatan akaun (bagi bulan Disember 2013):

Debit Akaun Tunai

Kredit Akaun Sewa Diterima Terdahulu (iaitu hasil terdahulu- Liabiliti)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s