Varian

Perbezaan antara belanjawan dengan hasil dan belanja sebenar yang berlaku

Penting dalam mengawal kos, bagi pihak pengurusan untuk membuat analisis

Rumus Varian:

Varian (amaun) = Angka sebenar – Angka belanjawan

Varian (%) = (Angka Varian / Angka Belanjawan) X 100

Advertisements

Belanjawan Tunai

Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi sesuatu tempoh.

 Tujuan belanjawan tunai:

  • Menunjukkan punca penerimaan, jumlah, dan bila masa wang akan diterima
  • Menunjukkan punca perbelanjaan, jumlah, dan bila masa wang akan diterima
  • Kemampuan perniagaan membayar segala liabiliti
  • Memastikan kecairan tunai yang mencukupi
  • Panduan kepada institusi kewangan untuk permohonan pinjaman

Belanjawan Tunai Format

Penyata Penyesuaian Bank

Baki Akaun Bank dalam Buku Tunai tidak sama dengan baki Penyata Bank…

Jadi, Penyata Penyesuaian Bank disediakan untuk menerangkan sebab-sebab kedua-dua baki tidak sama.

Sebab-sebab Perbezaan kedua-dua baki~~

1. Cek belum dikemukakan

Cek yang dikeluarkan untuk membayar pemiutang telah dikreditkan dalam Buku Tunai, tetapi pihak bank belum mendebitkan

2. Deposit belum dikredit oleh bank

Cek yang diterima telah didebitkan dalam Buku Tunai tetapi pihak bank belum menkreditkan

3. Cek tak layan

Cek yang dipulangkan oleh bank

4. Kesilapan dalam Buku Tunai

eg. Tertinggal catat, jumlah salah catat

5. Penerimaan oleh bank bagi pihak pelanggan

eg. Terima bayaran daripada penghutang, dividen diterima

6. Pembayaran kepada pihak bank tanpa pengetahuan pelanggan

eg. Caj perkhidmatan bank, perintah sedia ada – seperti premium insurans

 Format

Penyata Bank Format 1