Belanja

Kos barangan atau perkhidmatan perlu dibayar untuk menjalankan perniagaan & mendapatkan hasil perniagaan.

# Belanja berkaitan dengan pengendalian perniagaan

Seperti: belanja elektrik, belanja sewa, gaji pekerja, alat tulis, insurans, telefon

# Belanja tidak berkaitan dengan pengendalian perniagaan

Seperti: rugi atas pelupusan aset, kerugian akibat daripada kecurian/ banjir

 

Catatan belanja:

Debit semua belanja perniagaan

Kredit Bank/ Tunai/ Pemiutang (Liabiliti Semasa)

 

Advertisements

Hasil

$ Wang yang diterima / AKAN diterima oleh perniagaan

$ Hasil boleh daripada kegiatan utama perniagaan

seperti: Jualan barang niaga (kedai runcit), Perkhidmatan (kedai gunting rambut)

$ Hasil juga boleh daripada kegiatan bukan utama perniagaan

seperti: Faedah simpanan bank, untung daripada jualan aset, sewa diterima

 

Catatan hasil:

Debit Bank/ Tunai/ Penghutang (aset semasa)

Kredit semua hasil perniagaan

 

Ekuiti Pemilik

Hutang perniagaan Kepada Pemiliknya

Sebelum perniagaan dimulakan, pemiliknya akan melaburkan sejumlah modal, boleh dalam bentuk aset/ wang. Modal ini dipanggil => Modal Awal

Setelah menjalankan aktiviti perniagaan, akan dapat Untung bersih / rugi bersih. Ini perlu ditambahkan/ ditolakkan ke dalam Modal Awal.

Kadang kala, Pemilik akan mengambil barang niaga/ wang untuk kegunaan sendiri. Ini ialah Ambilan, kena ditolakkan daripada modal.

Jika, perniagaan perlu aset/ wang untuk menjalankan aktiviti perniagaan, pemilik juga boleh tambahkan lagi perlaburannya. Ini ialah Modal Tambahan

 

Rumusan bagi ekuiti pemilik:

Modal Awal + Untung bersih – Ambilan + Modal Tambahan = Modal Akhir

@tau

Modal Awal – Rugi bersih – Ambilan + Modal Tambahan = Modal Akhir

 

Aset & liabiliti adalah dimiliki oleh Pemilik Perniagaan.

Jadi, persamaan dalam Kunci Kira-kira boleh dinyatakan seperti berikut:

Ekuiti Pemilik = Aset – Liabiliti

Liabiliti

Hutang sesebuah perniagaan yang perlu dijelaskan.

Terdiri daripada Liabiliti Semasa & Liabiliti Bukan Semasa

Liabiliti Semasa => hutang yang akan dibayar/ dijelaskan dalam tempoh satu tahun. Seperti Pemiutang, Overdraf bank, Belanja Terakru, Hasil Terdahulu

Liabiliti Bukan Semasa => hutang yang akan dibayar/ dijelaskan > tempoh satu tahun. Seperti Pinjaman, gadai janji

Catatan Akaun Liabiliti:

Debit Akaun Liabiliti => Hutang perniagaan telah dijelaskan

Kredit Akaun Liabiliti => Hutang perniagaan ditambahkan

 

# Belanja Terakru ialah belanja yang sepatutnya dibayar dalam tempoh perakaunan tetapi masih belum dijelaskan.

=> Tempoh perakaunan biasanya dalam 1 tahun. Contoh dari 1/1/2013 – 31/12/2013 atau 1/4/2013 – 31/3/2014.

=> Contoh belanja terakru: Gaji terakru, bil elektrik terakru

# Soalan:

Gaji Februari 2013 sepatutnya dibayar dalam bulan Feb, tetapi perniagaan akan membayar dalam bulan yang seterusnya iaitu Mac.

Jadi, gaji Februari akan dianggap sebagai Gaji terakru dalam Akaun Feb.

Catatan akaun (bagi bulan Februari):

Debit Akaun Gaji (iaitu akaun belanja)

Kredit Akaun Gaji terakru (iaitu akaun belanja terakru – Liabiliti)

 

# Hasil Terdahulu ialah hasil yang sepatutnya diterima dalam tempoh perakaunan berikut telah diterima pada tempoh perakaunan semasa (macam ‘Advance’)

=> Contoh hasil terdahulu: Sewa Diterima Terdahulu, Faedah Diterima Terdahulu

# Soalan:

Sewa Januari 2014, telah diterima dalam bulan Disember 2013.

Perniagaan telah dapatkan wang terdahulu tetapi masih belum bagi perkhidmatan sewanya pada Jan 2014.

Jadi, Sewa ini perlu dianggap sebagai hasil terdahulu dalam akaun 2013, tidak boleh terus diiktirafkan sebagai hasil.

Catatan akaun (bagi bulan Disember 2013):

Debit Akaun Tunai

Kredit Akaun Sewa Diterima Terdahulu (iaitu hasil terdahulu- Liabiliti)

 

Aset

Aset ialah harta benda yang dimiliki oleh perniagaan.

Boleh dalam bentuk fizikal + Bentuk bukan fizikal

Aset ditunjukkan di dalam Kunci Kira-kira (KKK)

Terdiri daripada => Aset bukan semasa & Aset semasa

Aset Bukan Semasa – Seperti bangunan, kelengkapan, perabot, kenderaan, alatan pejabat, tanah…

Aset Semasa – Seperti Tunai, Bank, Stok, Penghutang

 

Catatan Akaun Aset:

Debit Akaun Aset = membeli/ menerima aset

Kredit Akaun Aset = menjual aset