# Pembubaran Perkongsian #

Sebab- sebab pembubaran

  • Apabila seorang pekongsi mati, muflis atau menjadi tidak siuman
  • Seorang pekongsi ingin menarik diri kerana hendak bersara
  • Semua pekongsi bersetuju untuk membubarkan perkongsian kerana mengalami kerugian yang besar, selisih faham atau ingin ditukar menjadi syarikat berhad
  • Tempoh perkongsian telah tamat atau tujuan pembentukan perkongsian telah tercapai
  • Sebab-sebab perundangan apabila perniagaan diharamkan oleh undang-undang

 

Cara-cara merekod pembubaran perkongsian

1. Menutup akaun aset kecuali ak bank dan ak tunai ke ak realisasi

2. Penerimaan wang daripada penjualan atau pelupusan aset

3.Aset tidak dapat dijual tetapi diambil alih oleh pekongsi

4. Kutipan daripada penghutang

5. Bayaran belanja relisasi

6. Menjelas hutang kepada pemiutang atau pinjaman

7. Diskaun diterima daripada penghutang

8. Pembahagian untung/ rugi realisasi di antara pekongsi ikut nisbah

9. Memindahkan baki kredit/ debit ak semasa ke ak modal

10. Bayaran balik modal kepada pekongsi

Advertisements

* Kaedah Untuk Merekod Akaun Modal *

Kaedah Modal Tetap

Jumlah modal pekongsi tidak dipengaruhi oleh ambilan atau keuntungan, kecuali apabila pekongsi membawa masuk modal baru atau modal tambahan.

Contoh di bawah, jumlah modal Pekongsi A adalah tetap RM10,000. Segala urus niaga & kongsi untung/rugi akan direkodkan di dalam Akaun Semasa Pekongsi A.

Jadi, di bahagian Ekuiti Pemilik akan menunjuk Akaun Modal Pekongsi A RM10000 & Akaun Semasa Pekongsi A RM3400.

AK semasa A

Kaedah Modal Berubah

Akaun semasa tidak digunakan, catatan akaun modal adalah sama dengan akaun modal milikan tunggal.

Contoh dibawah, Akaun Modal Pekongsi A telah berubah dari RM10000 kepada RM13400, kerana segala urus niaga & kongsi untung/rugi hanya direkodkan ke dalam Akaun Modal Pekongsi A.

Jadi, di bahagian Ekuiti Pemilik hanya menunjuk Akaun Modal Pekongsi A RM13400.

AK Modal A

Akta Perkongsian 1961

* Untung dan rugi dibahagikan sama rata, tidak kira jumlah modal yang dilaburkan masing-masing

* Faedah tidak dibayar atas modal pekongsi dan faedah atas ambilan tidak dibenarkan

* Pekongsi yang menguruskan tidak berhak menerima sebarang gaji.

* Pendahuluan atau pinjaman pekongsi kepada perkongsian dibayar faedah 8% setahun mulai dari tarikh pendahuluan itu dibuat.

* Semua pekongsi berhak bersama-sama menjalankan pengurusan perkongsian.

* Semua buku akaun mesti disimpan di tempat perniagaan dan semua pekongsi berhak menyemak dan memeriksanya.