Akaun Kawalan

Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang

Satu akaun yang mewakili semua Akaun Penghutang => Akaun Kawalan Penghutang/ Akaun Kawalan Lejar Jualan

Satu akaun yang mewakili semua Akaun Pemiutang => Akaun Kawalan Pemiutang/ Akaun Kawalan Lejar Belian

Tujuan menyediakan Akaun Kawalan ialah untuk melengkapkan catatan bergu dalam Lejar Am, membolehkan Imbangan Duga disediakan dalam Lejar Am

Baki Akaun Kawalan Penghutang mesti sama dengan jumlah baki-baki penghutang dalam Lejar Jualan

Baki Akaun Kawalan Pemiutang mesti sama dengan jumlah baki-baki pemiutang dalam Lejar Belian

 

 

 

 

Lejar

~ Buku akaun yang merekod semua urus niaga perniagaan.

~ Disediakan dalam bentuk ‘T’

~ Kiri = Debit 

~ Kanan = Kredit 

 

Lejar terdiri daripada Lejar Am & Lejar Subsidiari

Lejar Am => mencatat semua akaun (kecuali penghutang dan pemiutang barang niaga)

Lejar Subsidiari 

=> mencatat semua urus niaga kredit barang niaga

=> ada 2 jenis:

Lejar Belian/ Lejar Pemiutang 

Lejar Jualan/ Lejar Penghutang