Kaedah Penentuan Pendapatan

2 Kaedah

1. Kaedah Perbandingan

~ Untung/ rugi diperoleh dengan membandingkan modal akhir dengan modal awal

Modal = Aset – Liabiliti

Untung bersih = Modal akhir – Modal awal

Untung bersih = Modal akhir + Ambilan – Modal awal – Modal tambahan

Untung bersih = Modal akhir > Modal awal

Rugi bersih = Modal akhir < Modal awal

2. Kaedah Analisis

~ dilakukan untuk mendapatkan maklumat seperti Jualan, Belian, Perbelanjaan dan Hasil/pendapatan.

Jualan

Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit

Belian

Jumlah Belian = Belian Tunai + Belian Kredit

Analisis Buku Tunai 

Untuk mendapatkan maklumat tentang barang niaga, aset bukan semasa, penghutang, pemiutang, belanja, hasil…

Analisis Belanja

Jumlah belanja sebenar diperoleh setelah pelarasan dibuat

– Belanja terakru, belanja terdahulu

Analisis Hasil

Jumlah hasil sebenar diperoleh setelah pelarasan dibuat

– Hasil terakru, hasil terdahulu

Advertisements

Punca + Kesan

Punca Rekod Tak Lengkap

  1. Perniagaan tidak menggunakan sistem catatan bergu, guna sistem catatan tunggal/ rekod tak lengkap
  2. Tidak mampu mengupah kerani akaun/ tidak ada pengetahuan tentang cara menyediakan akaun mengikut sistem catatan bergu
  3. Mementingkan kepada urusan wang tunai.

Kesan Rekod tak Lengkap

Ke atas penyata pendapatan:

  • Sukar disediakan, kerana tidak maklumat yang lengkap mengenai hasil dan belanja.
  • Untung dan rugi yang kurang tepat
  • Kesukaran menilai prestasi perniagaan

Ke atas kunci kira-kira:

  • Sukar disediakan, kerana maklumat aset & liabiliti kurang lengkap
  • Kesukaran mengetahui kemampuan untuk menjelaskan hutang