Milikan Tunggal

Pelarasan Akaun

1. Hasil terdahulu

2. Hasil terakru

3. Belanja terdahulu

4. Belanja terakru

5. Hutang lapuk

6. Peruntukan hutang ragu

7. Hutang lapuk terpulih

8. Susut nilai

9. Susut nilai terkumpul

 

Hasil Terdahulu

Hasil bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi telah diterima secara wang/bank dalam tempoh perakaunan semasa

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Hasil

Kt Ak Hasil Terdahulu

Hasil Terakru

Hasil bagi tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum diterima secara wang/ bank dalam tempoh perakaunan ini

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Hasil Terakru

Kt Ak Hasil

Belanja Terdahulu

Belanja bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi telah dibayar secara wang/bank dalam tempoh perakaunan semasa

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Belanja Terdahulu

Kt Ak Belanja

Belanja Terakru

Belanja bagi tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum dibayar secara wang/ bank dalam tempoh perakaunan ini

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Belanja

Kt Ak Belanja Terakru

Hutang Lapuk

Hutang yang sudah pasti tidak boleh dikutip

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Hutang Lapuk

Kt Ak Penghutang

Hutang Lapuk Terpulih

Hutang yang telah dihapuk sebagai hutang lapuk tetapi dijelaskan oleh penghutang itu kemudian

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Tunai/ Bank

Kt Ak Hutang Lapuk Terpulih

Peruntukan Hutang Ragu

Anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dijelaskan

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Hutang Ragu

Kt Ak Peruntukan Hutang Ragu

Susut Nilai

Anggaran kemerosotan dalam nilai aset bukan semasa.

Semua aset bukan semasa mempunyai usia berguna terhad kecuali tanah. Jadi, tanah tiada susut nilai.

3 kaedah mengira susut nilai:

1. Kaedah Penilaian Semula

Nilai buku awal + Belian aset bukan semasa – Nilai buku akhir = susut nilai

2. Kaedah Garis Lurus

(Kos asal aset bukan semasa – Nilai Skrp) / Usia guna = susut nilai

atau

Kos asal aset bukan semasa x % susut nilai = susut nilai

3. Kaedah baki berkurangan

Nilai buku aset bukan semasa x % susut nilai = susut nilai

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Belanja Susut Nilai Aset Bukan Semasa

Kt Ak Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa

Susut Nilai Terkumpul

Jumlah susut nilai yang dikumpul daripada tahun pertama susut nilai dikira sehingga tahun semasa dalam tempoh perakaunan

catatan untuk pelarasan:

Dt Ak Belanja Susut Nilai Aset Bukan Semasa

Kt Ak Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa